Sunday, October 2, 2016

Mendaki Bukit Kledang


Kali ke-2 mendaki Bukit Kledang Ipoh. Berhampiran lebuhraya Ipoh-Lumut.

Kali pertama pada cuti umum Hari Malaysia, 16 Sep 2016. Ketika itu, badan masih belum berapa sihat. Atas pelawaan sang isteri...ikutkan aja. Kebetulan pulak hujan renyai-renyai. Dah naik bukit, redah je. Berjaya mendaki sehingga ke jarak 3.5 km.

Kali ke-2 pada hari ini, 3 Okt 2016 sempena cuti umum Maal Hijrah.

Berjaya mendaki sejauh 4 km. Pergi-balik 8 km. Masa perjalanan pergi-balik 1 jam 45 minit.

Permandangan begitu menarik apabila berada di puncak bukit. Dapat melihat hampir seluruh bandar Ipoh.

Mendaki Bukit Kledang dah termasuk senarai aktiviti pak yoep selain berjogging di Taman Botani Eco Park Ipoh dan Padang Polo Ipoh.

Tujuan utama untuk kekalkan tahap kesihatan dengan melakukan aktiviti senaman.

Jom! Jaga kesihatan masing-masing sebelum terlambat.

Jangan lupa, aspek pemakanan juga perlu dijaga.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!