Friday, November 4, 2016

Anak Autismeku diambang 16 tahun


Hanya beberapa hari sahaja lagi, Faqihah akan menyambut hari jadinya yang ke-15 pada 17 Nov 2016. Dah beria-ria nak menyambut hari lahirnya. Kelendar yang masih belum bertukar ke bulan November dah ditukarnya.

Bakal genab 15 tahun juga kami mendidik Faqihah. Bermula daripada tahap yang paling mencabar kepada tahap yang telah memberikan banyak kemudahan kepada kami sekeluarga. Dipendekkan cerita bukan mudah untuk mendidik anak seperti Faqihah.

Tahap mencabar disebabkan Faqihah mengalami autisma dan hiperaktif dizaman kecilnya. Kisahnya boleh dirujuk dengan membaca post-post sebelum ini. 

Tahap sekarang banyak memberi kemudahan kepada kami sekeluarga kerana Faqihah banyak membantu membuat kerja-kerja rumah diantaranya seperti 

1. Mengumpul dan memasukkan kain dalam misen basuh.
2. Mengeluarkan kain daripada misen basuh.
3. Menjemur kain.
4. Mengangkat kain di jemuran.
5. Menanggalkan hangger.
6. Melipat kainnya sendiri dan adik-adiknya. (Kain kecil sahaja).
7. Membasuh pinggan mangkuk.
8. Mengemas dapur.
9. Memasukkan air dalam botol ke dalam peti sejuk.
10. Mengemas bilik sendiri (Sentiasa kemas).
11. Melayan adik bongsunya.
12. Memasak nasi dan air.

Disamping itu, Faqihah merupakan seorang yang secara konsisten menunaikan solat 5 waktu. Patuh kepada setiap arahan yang diberikan seperti tempoh masa penggunaan komputer/internet yang amat diminatinya. Jika kami bagitahu jangan guna dalam tempoh-tempoh tertentu, Faqihah akan akur. Yang pasti tiada penggunaan komputer/internet bermula Isnin hingga Jumaat. Aktivitinya dipenuhi dengan menulis dan melukis disamping membuat kerja-kerja rumah dan menonton TV.

Faqihah juga boleh bertolak-ansur dalam apa jua perkara. Tidak bergaduh dengan adik-beradiknya yang lain.

Rasa beruntung pulak mempunyai anak-anak istimewa seperti Faqihah. Walaupun tidak berpeluang untuk belajar di arus perdana tetapi banyak membantu membuat kerja-kerja rumah. Tambahan pula umminya amat sibuk setiap hari. Selalu balik lewat daripada pejabat. Bila umminya balik, banyak kerja-kerja rumah dah beres dilaksanakan oleh Faqihah dibantu sekali-sekali oleh kakaknya yang sibuk dengan mengulangkaji mata pelajaran. Cabaran kakaknya berada dialiran sains di SMK Convent.

Yang amat mengharukan kami ialah setiap kerja rumah yang dilakukan kini TANPA perlu kami suruh. Fqihah melakukannya dengan rela hati. Dah menjadi rutinnya setiap hari. Alhamdulillah. Syukur kami kepada Mu yang Esa.

Perancangan kami selepas Faqihah tamat persekolahan ialah menghantar Faqihah menghadiri kursus kemahiran masakan/jahitan dan kelas lukisan yang diminatinya.


Doakan agar Faqihah terus suksess untuk hari-hari mendatang.




No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!