Saturday, November 12, 2016

Autisme bukan penghalang kejayaan

Jika peluang dan ruang diberikan kepada anak-anak autisme PASTI mereka boleh membuktikan sesuatu seperti yang dilakukan oleh Ajeerah yang menyertai Pertandingan Bercerita bersaing dengan murid normal dan mencipta kejayaan sehingga keperingkat negeri.. Banyak lagi kejayaan dicipta oleh Ajeerah.


Kuantan: “Saya bersyukur apabila dia berjaya membuktikan sindrom autisme bukan penghalang mencapai kejayaan sebaliknya satu cabaran meraih kejayaan lebih gemilang.”
Itu kata Wan Haszanalila Wan Hassan, 46, ibu kepada remaja autisme, Ajeerah Zaharudie, 13, yang membuktikan sindrom itu bukan penghalang bersaing dengan rakan normal, malah mampu mencipta kejayaan yang tidak dapat dilakukan mereka seusia dengannya.
Menurut Wan Haszanalila, dia menyedari anaknya menghidap autisme dua tahun lalu ketika Ajeerah berusia 11 tahun apabila menunjukkan tanda seperti perlahan memahami pelajaran selain kurang berkomunikasi.
Katanya, apabila disahkan doktor, ibu kepada lima cahaya mata itu bertekad melatih dan mendidik anaknya agar menjadi insan yang mampu berdikari dalam kehidupan.
Bermula dari situ, Wan Haszanalila dan suaminya Zaharudie Nawi, 48, mula memberi lebih perhatian kepada anak keempat mereka apabila menghantarnya ke terapi pertuturan, komunikasi di khalayak dan kemahiran pergaulan untuk melatih Ajeerah menjadi individu yang lebih berdaya saing.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/181420

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!