Wednesday, November 30, 2016

Autisme mudarat jika tak dirawat


SUNGAI PETANI - Ramai tidak menyedari bahawa penyakit  autisme mampu membawa kemudaratan sehingga ke tua jika tidak dirawat.

Guru Penyelaras Program Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bukit Kiara, Shahnar Suriyati Shuib berkata, pendedahan mengenai autisme perlu kepada masyarakat terutama ibu bapa yang tidak menyedari anak mereka terdiri daripada golongan tersebut.

Menurutnya, tanpa disedari, anak yang mempunyai autisme ini sukar menerima pelajaran seperti rakan normal malah sering ketinggalan bukan sahaja dalam pelajaran tetapi komunikasi bersama rakan seangkatan.

“Tidak boleh menunggu lama untuk membeli makanan biarpun sudah meningkat dewasa, sikap yang seolah-olah berlagak, pekak dan bisu, tidak boleh terima perubahan dan boleh bertindak sesuka hati, antara ciri mereka yang autisme.

“Jika tidak dirawat, kanak-kanak autisme ini dipaksa melalui peraturan yang tidak disukai sehingga dewasa.

"Malah ciri-ciri autisme pada diri mereka mungkin tidak banyak tetapi sedikit,” katanya.

Segera jumpa doktor jika ada ciri autisme

Menurut Shahnar Suriyati, ada kalanya waris tidak memahami, kurang ilmu tentang autisme atau tidak mahu menerima kenyataan bahawa anak mereka mempunyai ciri-ciri autisme.

"Tindakan itu hanya akan memudaratkan mereka dan anak mereka.

"Ibu bapa perlu bawa anak mereka jalani pemeriksaan doktor, kenal pasti tahap yang dihadapi, lakukan ujian melalui saringan untuk mengetahui sama ada anak mereka penghidap autisme atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Shahnar Suriyati berkata, golongan itu mempunyai peluang pendidikan dan kerjaya yang cerah sekiranya dibimbing dan digilap malah bakat luar biasa yang dimiliki ada kalanya mampu menjadikan mereka lebih cemerlang.

“Melalui pembacaan, hanya sebahagian kecil sahaja autisme berjaya dibawa ke dunia kita yang selebihnya memerlukan penjagaan rapi sehinggalah ke tua,” katanya.

Dalam pada itu, Shahnar Suriyati menyatakan, jika anak-anak autisme tidak dibimbing, ia berisiko mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain, bertindak di luar batasan atau tidak dapat dikawal.

Sentiasa raikan pesakit autisme

Dalam perkembangan lain, Hari Autisme Sedunia Program Pendidikan Khas Integrasi diadakan di sekolah itu, kelmarin.

"Biarpun hanya dua daripada 18 murid menghidap autisme, kami tetap meraikan mereka.

"Malah kita mahu memberi kesedaran kepada komuniti agar tidak memandang enteng kepada anak-anak autisme ini," katanya.

Hari austime disempurnakan guru besar, Azizah Abd Aziz.

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut setiap tahun seluruh dunia pada 2 April, di mana warna biru sebagai tema warna tema sambutan berkenaan.


Sumber - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!