Tuesday, November 15, 2016

PPKI SKPI adalah terbaik.

Sebahagian daripada guru pendidikan khas dan PPM yang berjumlah 11 orang
Dah ramai ibubapa bertanya khabar di ppki skpi yang ingin mendaftar anak mereka pada tahun 2017. Hadir untuk dapatkan maklumat ppki.. 

Bila ditanya mengapa pilih ppki skpi sedangkan lokasi ppki skpi jauh dari tempat tinggal mereka. Malah ada beberapa ppki berhampiran dengan kediaman mereka. 

Mereka cakap disyorkan oleh doktor untuk memilih ppki skpi. 

Kata doktor ppki skpi adalah yang terbaik. 

Meremang bulu roma pak yoep. Amat tidak selesa apabila ada pihak-pihak tertentu melabelkan ppki skpi terbaik. Lebih selesa berkerja tanpa mendapat pengiktirafan sesiapa. 

Amat besar tanggungjawab ppki skpi untuk merealisasikan harapan ibubapa ini. 

Moga kami terus diberi kekuatan mampu memberikan yang terbaik untuk anak-anak istimewa ini.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!