Sunday, September 3, 2017

Kewangan Mat Bunga Sep 2017


Dividen Felcra (Tabung Haji) telah diterima sebanyak RM 5,000.00 dimasukkan dalam akaun berasingan khusus untuk akaun arwah apak. Tiada sebarang perbelanjaan dibuat.

Dalam proses pengeluaran daripada pihak berwajib.

a. Khairat Kematian - RM 2000.00
b. Tabung Haji - RM 14000.00
c. ASB - RM 1000.00
d. Sumbangan ahli - RM 400.00 (RM50.00/keluarga)
e. Bank Pertanian/BSN - RM 1000.00

Baki terkini kewangan Persatuan Keluarga Mat Bunga.

Akaun arwah Mak seperti dibawah:-

PERKARA
JUM
PERKARA
JUM
Baki Jun 2017
9767.75
Elaun Kehadiran Mesy Jun 2017
1200.00
Keperluan Harian  Perjumpaan Raya
203.00
Bil TNB/LAP (Jan-Jul17)
16.10
9767.75
1419.10
BAKI
RM 8348.65

Tuesday, August 29, 2017

Autisme mudarat jika tak dirawat

Autisme mudarat jika tak dirawat
Kanak-kanak pendidikan khas diraikan dan dihargai dalam 
Sambutan Autisme  Sedunia peringkat sekolah.

    SUNGAI PETANI - Ramai tidak menyedari bahawa penyakit  autisme mampu 
    membawa kemudaratan sehingga ke tua jika tidak dirawat.

    Guru Penyelaras Program Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bukit Kiara, 

    Shahnar Suriyati Shuib berkata, pendedahan mengenai autisme perlu 
    kepada masyarakat terutama ibu bapa yang tidak menyedari anak mereka 
    terdiri daripada golongan tersebut.

    Menurutnya, tanpa disedari, anak yang mempunyai autisme ini sukar 

    menerima pelajaran seperti rakan normal malah sering ketinggalan bukan 
    sahaja dalam pelajaran tetapi komunikasi bersama rakan seangkatan.

    “Tidak boleh menunggu lama untuk membeli makanan biarpun sudah 

    meningkat dewasa, sikap yang seolah-olah berlagak, pekak dan bisu, tidak 
    boleh terima perubahan dan boleh bertindak sesuka hati, antara ciri 
    mereka yang autisme.

    “Jika tidak dirawat, kanak-kanak autisme ini dipaksa melalui peraturan yang 

    tidak disukai sehingga dewasa.

    "Malah ciri-ciri autisme pada diri mereka mungkin tidak banyak tetapi sedikit,” 

    katanya.

    Segera jumpa doktor jika ada ciri autisme

    Menurut Shahnar Suriyati, ada kalanya waris tidak memahami, kurang ilmu 

    tentang autisme atau tidak mahu menerima kenyataan bahawa anak 
    mereka mempunyai ciri-ciri autisme.

    "Tindakan itu hanya akan memudaratkan mereka dan anak mereka.

    "Ibu bapa perlu bawa anak mereka jalani pemeriksaan doktor, kenal pasti 

    tahap yang dihadapi, lakukan ujian melalui saringan untuk mengetahui sama 
    ada anak mereka penghidap autisme atau sebaliknya," katanya.

    Sementara itu, Shahnar Suriyati berkata, golongan itu mempunyai peluang 

    pendidikan dan kerjaya yang cerah sekiranya dibimbing dan digilap malah 
    bakat luar biasa yang dimiliki ada kalanya mampu menjadikan mereka lebih 
    cemerlang.

    “Melalui pembacaan, hanya sebahagian kecil sahaja autisme berjaya dibawa 

    ke dunia kita yang selebihnya memerlukan penjagaan rapi sehinggalah ke tua,” 
    katanya.

    Dalam pada itu, Shahnar Suriyati menyatakan, jika anak-anak autisme tidak 

    dibimbing, ia berisiko mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan 
    orang lain, bertindak di luar batasan atau tidak dapat dikawal.

    Sentiasa raikan pesakit autisme

    Dalam perkembangan lain, Hari Autisme Sedunia Program Pendidikan Khas 

    Integrasi diadakan di sekolah itu, kelmarin.

    "Biarpun hanya dua daripada 18 murid menghidap autisme, kami tetap 

    meraikan mereka.

    "Malah kita mahu memberi kesedaran kepada komuniti agar tidak memandang 

    enteng kepada anak-anak autisme ini," katanya.

    Hari austime disempurnakan guru besar, Azizah Abd Aziz.

    Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut setiap tahun seluruh dunia pada 

    2 April, di mana warna biru sebagai tema warna tema sambutan berkenaan.

    Sumber - Sinar Harian

    Tanah Pusaka

    Dah menjadi tanggungjawab sebagai anak sulung untuk menjaga tanah pusaka. Sejak ayah pak yoep telah kembali menemui Ilahi pada Jan 2017, rumah pusaka di Kampung Tanjung, Lambor Kanan telah pak yoep jaga dengan baik. Setiap dua minggu akan balik kampung untuk membersihkan dalam dan luar perkarangan rumah pusaka.

    Bermula Julai 2017, mak mertua pula dah berminat untuk memulihkan kembali rumah pusaka di Kampung Kelebor, Kualla Kangsar yang telah tidak dijaga sejak tahun 2011. Buat masa ini, mak mertua tinggal di rumah berhampiran dengan pak yoep. Rumah yang dibeli untuk keselesaannya.

    Rumah pusaka di Kg Kelebor telah berada dalam keadaan amat daif. Tidak boleh didiami akibat tidak dijaga. Kawasan sekitar juga dipenuhi dengan 'hutan' kecil. Sukar untuk dibersihkan. Terkini, sekitar kawasan rumah tersebut telah dibersihkan secara pelan-pelan oleh mak mertua, pak yoep dan isteri. 

    Terdapat satu lagi tanah dan rumah pusaka di Felcra Kg Nasaruddin. Tanah peninggalan tok pak yoep. Kawasan dusun yang ditanam buah-buahan oleh bapa pak yoep. Buat masa ini, masih terbiar. Tanah masih dibawah 'kawalan' ibu saudara pak yoep. Selain dusun terdapat tanah kebun dan tapak rumah.

    Selagi ada kudrat, pak yoep cuba akan menjaga rumah dan tanah pusaka tersebut dengan baik. In shaa Allah.

    Thursday, August 17, 2017

    Bocce Kinta Utara


    PPKI SK Pinji telah dijemput untuk sertai perlawanan persahabatan pertandingan bocce sempena Bengkel Kejurulatihan Bocce anjuran bersama SKJC Pasir Pinji dan Special Olimpik Perak pada 13 Ogos 2017.

    Sebelum pertandingan, pak yoep telah mengadakan sesi latihan intensif permainan tersebut melibatkan 4 peserta iaitu Asyraf, Ammar, Khairul dan Winson.

    Dalam pertandingan tersebut, PPKI SK Pinji telah menjadi JOHAN.

    Guru yang telibat sebagai guru pengiring ialah Cik Marliyana. PPM turut terlibat membantu ialah Pn Lizawati.

    Pencapaian terbaik PPKI SK Pinji pada tahun ini setelah menjadi Naib Johan dalam pertandingan petanque Kinta Utara. Manakala pertandingan Futsal dan Olahraga tiada kejayaan dicapai.

    Thursday, July 13, 2017

    Autisme - Sindrom William


    Manakala Sindrom William mempunyai ciri-ciri autistik termasuklah perkembangan yang lambat dalam aspek bahasa, sensitif kepada bunyi, tidak ada tumpuan perhatian dan mempunyai masalah sosial. 

    Secara umumnya mereka yang mempunyai sindrom ini lebih bersosial dan menghadapi masalah jantung

    Tuesday, July 11, 2017

    Autisme - Sindrom Rett


    Sindrom Rett merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat yang memberi lebih kesan kepada kanak-kanak perempuan dan berkembang antara umur ½ tahun hingga 1 ½ tahun. 

    Mereka memperlihatkan ciri-ciri seperti kehilangan pertuturan, mengulang memulas tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada bersosial. 

    Bahkan individu ini biasanya mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk dan sangat teruk. 

    Sunday, July 9, 2017

    Autisme - Sindrom Landau Kleffner


    Sindrom Landau Kleffner menunjukkan banyak tingkahlaku autisme seperti mengelakkan diri daripada bersosial, menghendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai masalah bahasa. 

    Mereka sering dianggap menghadapi ’ regressive ’ autisme kerana menunjukkan ciri seperti normal sehingga umur 3 tahun hingga 7 tahun.Kemahiran bahasa jika ada akan berakhir dengan hilang keupayaan bercakap. 

    Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisis corak EEG semasa tidur. 

    Friday, July 7, 2017

    Autisme - Sindrom Fragile X


    Sindrom Fragile X pula merupakan satu bentuk mental retardasi ’ long arm’. 

    Lebih 15% pengidap sindrom ini menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri kanak-kanak autistik. 

    Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat, hiperaktif, eye contact yang lemah dan mengibar-ngibarkan tangan. 

    Kebanyakan individu ini berfungsi pada tahap masalah ringan kepada yang sederhana. 

    Semakin mereka membesar, perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung. 

    Wednesday, July 5, 2017

    Autisme - Sindrom Asperger


    Sindrom Asperger mempunyai ciri seperti berikut:


    - pemikiran yang konkrit, 

    - terlalu memikirkan mengenai sesuatu topik, 

    - ingatan yang baik dan 

    - mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa. 


    Mereka boleh dianggap sebagai mempunyai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mempunyai kerja dan boleh hidup berdikari. 

    Monday, July 3, 2017

    IKBN untuk keperluan kerjaya autisme

    PETALING JAYA: Ibu bapa yang mempunyai anak autisme sentiasa memikirkan cara untuk membantu anak istimewa itu membina kehidupan mereka sendiri.

    Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah, mereka yang melangkah ke universiti atau memasuki alam pekerjaan amat sedikit.

    Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Datuk Megat Ahmad Sharuni Megat Shahrudin berkata selepas menamatkan persekolahan, kebanyakan anak-anak autisme masih bergantung kepada ibu bapa atau ahli keluarga mereka.

    "Ia dapat difahami mengapa mereka tidak akan mencuba dan mencari pekerjaan kerana mereka tidak mungkin kekal dalam satu-satu pekerjaan kerana ciri-ciri berkaitan autisme dan tidak ada latihan kemahiran," katanya.

    Namun, terima kasih kepada usaha berterusan Nasom kepada golongan autisme yang akhirnya dapat melihat cahaya di hujung lorong.

    Satu program perintis yang menawarkan latihan kemahiran teknikal dan vokasional untuk lepasan sekolah kepada golongan istimewa ini sedang dipertimbangkan Kementerian Belia dan Sukan.

    Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya selepas The Rock Walk for Autism di sini pada Sabtu berkata beliau telah mengarahkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) untuk bekerjasama dengan Nasom mengenai penstrukturan program tersebut.

    "Buat masa ini persoalan besar adalah apa akan berlaku selepas sekolah, jadi idea ini untuk menyediakan mereka dengan latihan kemahiran.

    "Saya meminta IKBN untuk berbincang dengan Nasom dan membangunkan program perintis untuk kanak-kanak dari gimnasium We Rock The Spectrum untuk mempelajari kemahiran vokasional," katanya.

    Gimnasium We Rock The Spectrum di Evolve Concept Mall merupakan sebuah pusat permainan tertutup untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme.

    Khairy berkata maklumat mengenai projek perintis itu masih belum dimuktamadkan tetapi beliau yakin ia merupakan langkah utama yang tepat.

    Sumber: http://www.mstar.com.my

    Saturday, July 1, 2017

    Autisme 5A upsr

    Thursday, June 29, 2017

    Bantu kanak-kanak autisme berjaya

    STATISTIK yang dikeluarkan oleh Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) pada 2013 menyatakan setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki gejala autisme.
    Daripada jumlah tersebut dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya yang berumur antara enam bulan hingga lewat 20-an.
    Dengan statistik tersebut, ibu bapa dinasihatkan agar peka dengan kelakuan anak masing-masing kerana sindrom autisme ini boleh dikesan dan dirawat pada peringkat awal.
    Pengarah Early Autism Project Malaysia Sdn. Bhd., Jochebed Isaacs, berkata, 50 peratus kanak-kanak yang menghidap autisme mampu menyaingi rakan sebaya sekiranya mereka diberikan latihan yang mencukupi.
    Tambahnya lagi, angka tersebut merupakan satu angka yang tinggi, tetapi apa yang menyedihkan hari ini ialah masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai hal tersebut.
    “Secara umumnya, autisme wujud dalam semua masyarakat tanpa mengira kaum serta juga umur. Disebabkan itulah ibu bapa seharusnya memberikan perhatian kepada perkembangan anak-anak sejak dari kecil lagi.
    “Ini kerana sindrom autisme ini boleh dirawat, namun sekiranya dibiarkan berlarutan sehingga individu tersebut dewasa, keadaan mungkin sudah terlambat.
    “Walaupun sehingga kini sindrom autisme belum ada penawar, tetapi sekurang-kurangnya pengetahuan ibu bapa mengenai sindrom ini dapat memberikan anak-anak autisme harapan baharu,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
    Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Jochebed berkata, pihaknya ada menawarkan program Analisis Aplikasi Tingkah Laku (Applied Behavioral Analysis -ABA) kepada kanak-kanak yang menghidap sindrom autisme.
    Beritahunya lagi, program tersebut adalah satu-satunya rawatan berasaskan kajian dan terdapat lebih 1,000 artikel jurnal yang menyokong keberkesanan rawatan ABA ini.
    Tuturnya, program ABA tersebut boleh diguna pakai pada semua penghidap autisme tanpa mengira tahap, tetapi mereka akan dikategorikan mengikut tahap kecenderungan masing-masing.
    Ini kerana, program tersebut akan dilaksanakan secara individu dan mengikut pendekatan yang berbeza seperti kemahiran kompleks yang akan dipecahkan kepada komponen-komponen kecil, dipasangkan dengan ganjaran, dan diberikan latihan yang mencukupi.
    Program ABA ini juga berfungsi berdasarkan prinsip-prinsip ‘pelaziman operan’ di mana tindakan yang diambil akan memberi kesan kepada tingkah laku yang semakin meningkat.
    Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Jochebed menjelaskan, ada lapan sebab keberkesanan program ABA iaitu program berciri tersendiri, waktu intensif (35 jam seminggu), pengajaran secara persendirian (1:1), intervensi awal, mulakan dengan kejayaan, pendekatan pembelajaran positif, pengawasan pelbagai tahap, dan program yang komprehensif.
    Telah dilaksanakan sejak 10 tahun yang lalu, program ini telah dipraktikkan kepada lebih daripada 300 kanak-kanak autisme dari 30 buah negara seluruh dunia.
    Menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia, ABA merupakan satu program yang berasal dari Amerika Syarikat dan telah dipraktikkan di negara ini sejak tiga tahun lalu.
    Disebabkan itu jugalah sebanyak 65 peratus pelajar EAP telah berjaya ditempatkan di sekolah-sekolah biasa dan melalui program tersebut juga sebanyak 77 peratus kanak-kanak autisme sudah boleh bercakap.
    Daripada jumlah tersebut sebanyak 50 peratus kanak-kanak autisme sudah lancar dalam pertuturan manakala selebihnya baru hendak belajar berkomunikasi.
    Sehubungan itu sempena ulang tahun yang ke-10, EAP akan menganjurkan EAP Annual Conference 2016 pada 8 Oktober ini di Hotel Vistana Kuala Lumpur.
    Bertemakan Perkembangan Pertuturan dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak, pada persidangan itu nanti juga akan dilancarkan projek The Hope.
    Yang pasti, penghidap sindrom autisme perlulah diberikan latihan yang berterusan agar masa hadapan mereka cerah.
    Pada masa yang sama, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting dalam usaha memastikan anak-anak mereka dapat hidup seperti kanak-kanak normal yang lain.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/bantu-kanak-kanak-autisme-berjaya-1.377222#ixzz4jI7PeKy6
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Tuesday, June 27, 2017

    MITOS TENTANG AUTISME


    1. Autisme disebabkan oleh kemahiran keibubapaan yang tidak baik
    2. Individu dengan autisme bersifat agresif
    3. Individu dengan autisme tidak menunjukkan kasih sayang
    4. Individu dengan autisme tidak mampu belajar
    5. Individu dengan autisme mempunyai bakat genius
    6. Vaksinasi menyebabkan autisme

    Sumber: http://www.utusan.com.my

    Perjumpaan Keluarga tanpa Ayah dan Ibu kali pertama Hari Raya 2017


    Seramai 42 orang ahli keluarga yang terdiri daripada 8 orang adik-beradik dengan anak masing-masing berkumpul di rumah pusaka TANPA kehadiran ibubapa bersama buat kali pertama. Arwah Ibu - 2007 dan Arwah ayah - 2017. Disusuli dengan mesyuarat AJK Penaja Persatuan Keluarga yang bakal diwujudkan.Sayu, sedih dalam kegembiraan. Terima kasih adik-adik yoep yang terus beri komitmen tinggi dalam usaha merapatkan saf kekeluargaan walaupun ibu/ayah dah tiada.

    Kewangan Mat Bunga Jun 2017


    Mesyuarat AJK Penaja Persatuan Keluarga Mat Bunga kali Pertama

    Tarikh: 27 Jun 2017 (Selasa)
    Masa: 3 petang
    Tempat: Kampung Tanjung


    SUMBER KEWANGAN YANG MASIH BELUM DIPEROLEHI

    - Dalam proses pengeluaran daripada pihak berwajib.

    a. Khairat Kematian - RM 2000.00
    b. Tabung Haji - RM 19000.00
    c. ASB - RM 1000.00
    d. Sumbangan ahli - RM 400.00
    e. Bank Pertanian/BSN - RM 1000.00


    PENDAPATAN


    PENDAPATAN

    RM
    Dividen 2014
    21458.75
    Dividen 2015 (1)
    136.60
    Dividen 2015 (2)
    188.50
    Sewa Bendang
    200
    JUMLAH:                                     
    21983.85















    PERBELANJAAN

    PERBELANJAAN

     

    RM


    Kenduri
    1050.00
    Agihan Dividen 2014
    3600.00
    Kebajikan
    1000.00
    Saguhati Menjaga Apak
    500.00
    Rawatan Apak
    277.00
    Pembedahan Mata
    3300.00
    Peti Ais
    990.00
    Senggaraan Rumah Kampung
    80.00
    Jumlah Perbelanjaan:                      
    10797.00
    Baki pada akhir tahun:
             Wang Tunai  di bank                       
    11186.85
            Wang Tunai di tangan                         

    JUMLAH:                                      
    21983.85

    Sunday, June 25, 2017

    ABA dan Autisme

    FAKTA TENTANG AUTISME
    • Menurut statistik pada 2014, satu dalam 68 individu menghidap autisme.
    • Autisme boleh didiagnos dengan tepat seawal usia 18 bulan.
    • Faktor persekitaran, biologi dan genetik dikaitkan dengan punca autisme tetapi penyebab utama masih belum diketahui.
    • Tidak ada penyelesaian perubatan untuk autisme dan Analisis Aplikasi Tingkah Laku (ABA) adalah satu-satunya rawatan yang berasaskan bukti.
    • Hampir 50 peratus daripada kanak-kanak autisme yang menerima rawatan ABA yang berkualiti berupaya menyaingi perkembangan rakan-rakan sebaya mereka.
    • Autisme merupakan keadaan kesihatan mental yang mempunyai spektrum tersendiri dan boleh menjejaskan individu pada pelbagai tahap yang berbeza (parah, sederhana, sangat parah).

    Sumber: http://www.utusan.com.my

    Friday, June 23, 2017

    AUTISME MAMPU BERJAYA JIKA DIRAWAT SEGERA

    Dunia baru sahaja melewati Hari Kesedaran Autisme ‘World Autism Awareness Day’ yang jatuh pada 2 April setiap tahun dan pelbagai kemajuan teknologi masa kini boleh digunakan untuk mengenali, mendiagnosis, serta menentukan cara rawatan yang betul.
    Autisme merupakan penyakit yang melibatkan perkembangan saraf yang mempengaruhi otak di mana gejalanya mulai dikesan seawal usia dua tahun serta mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain dan memberi tindakbalas terhadap dunia luar dengan baik.
    #autisme BUKAN penyakit.
    Pakar Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Maruzairi Husain berkata, kanak-kanak yang menunjukkan simptom menghidapi penyakit autisme harus diberi rawatan segera.
    “Rawatan awal dikenali ‘Autism Spectrum Disorder’ (ASD) harus diberi secepat mungkin kepada kanak-kanak yang mempunyai petanda awal menghidap autisme bagi membolehkan rawatan susulan dilakukan.
    “Ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang menunjukkan simptom autisme harus merujuk kepada pakar secepat mungkin bagi membolehkan rawatan khusus diberikan bagi tujuan pemulihan serta memberi rawatan khas kepada kanak-kanak tersebut,” katanya.
    Maruzairi berkata, penyakit autisme dapat dirawat sekiranya dapat dikesan awal dan pesakit autisme juga mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya dalam hidup seperti anak-anak lain.“Terdapat anak-anak autisme yang cerdik dan mampu berjaya seperti kanak-kanak biasa kerana mempunyai daya intektual yang tinggi. Namun, ciri-ciri penghidap autisme tetap kekal dalam dirinya sampai bila-bila.
    “Pesakit autisme boleh dilatih untuk menjadi baik dengan pelbagai pendekatan iaitu kaedah pemulihan, carakerja, pendidikan, terapi pertuturan dan banyak lagi,” ujarnya lagi.
    Tambah Maruzairi, kadar pesakit autisme semakin meningkat di Malaysia akhir-akhir ini dan kajian menunjukkan kemungkinan anak lelaki untuk menghidap autisme adalah empat kali ganda berbanding anak perempuan.
    “Terdapat dua ciri-ciri anak yang menghidap autisme iaitu pertama dari segi komunikasi dan interaksi sosial di mana kanak-kanak dalam kategori ini didapati kurang mahir dalam penggunaan bahasa, pertuturan yang berulang serta lemah bahasa badan sementara ciri kedua pula ialah tingkah laku yang berulang dan terhad di mana pesakit dalam kategori ini suka mengulangi sesuatu perbuatan yang sama, melakukan pergerakan yang sama, minat yang terhad dan mempunyai tingkah laku yang terhad,” jelasnya.
    Maruzairi berkata, antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak mudah terdedah kepada autisme ialah pengaruh persekitaran dan kurang kesedaran dalam kalangan ibu bapa sendiri.
    “Pendedahan secara langsung daripada gajet terhadap kanak-kanak adalah sebahagian faktor yang dikhuatiri penyebab kepada pertambahan kanak-kanak yang berisiko mendapat autisme serta meninggalkan para doktor di bidang ini dalam dilema.
    “Biasanya kami akan mengenalpasti tanda-tanda yang menjurus kepada risiko penyakit autisme dan menjalankan rawatan sepatutnya ke atas kanak-kanak tersebut serta memantau perkembangan positif selepas menerima rawatan sebelum dikategorikan sebagai pesakit autisme,” ujarnya lagi.
    Katanya, terdapat pelbagai permainan atau hiburan yang boleh didedahkan kepada anak-anak tanpa menggunakan bantuan gajet dan sesi bermain yang terbaik untuk anak-anak apabila ia melibatkan peranan ibu bapa itu sendiri.
    Maruzairi turut menyeru para ibu bapa supaya lebih peka terhadap perkembangan tumbesaran anak-anak dan sekiranya melihat sebarang keabnormalan dalam kelakuan tersebut hendaklah segera merujuk kepada pusat rawatan yang berdekatan bagi melakukan ujian tertentu.

    SumberTeks/Foto: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel, Wan Nurul Azreen Wan Abdul Aziz (Pelajar Internship UUM), Nuradlin Syafini Nawi (Pelajar Internship UiTM)

    Wednesday, June 21, 2017

    Anak autisme perlu dilatih.


    Kongsi pengalaman....

    Kesukaran mendidik anak autisme mmg tidak dpt digambarkan. 

    Saya terpisah dgn anak autisme sy selama 4 tahun sejak lahir dan hanya dpt jenguk paling lama 2 minggu untuk tempoh selang beberapa bulan akibat tugas sbg pjawat awam yg sukar utk mdpt kelulusan ptukaran tempat tugas. 

    Spanjang anak berumur 4 tahun, hidupnya langsung tak ubah seperti kanak2 berumur 7-8 bulan, kencing, berak, berbogel sana sini dan sbg nya, (langsung tak terkawal), 

    Namun selepas sy dpt bertukar dan tgl bersama mereka, skrg anak berumur 5 tahun lebih, telah pandai kencing di tandas dan pump,telah pandai simpan kasut d rak kasut, telah pandai tlg ambilkan remote tv dan simpan pinggan d dapur, dan bnyk lg semuanya saya latih dlm tempoh setahun sbg pcubaan n hasil positif. 

    Kanak2 autisme ini yg sy sedar mmg tak boleh di ajar langsung, tetapi boleh di latih, 

    Cara melatih tpaksa memerlukan kreativiti tersendiri sehingga kadang2 kelihatan spt saya melakukan perbuatan2 yg bodoh bg pandangan kanak2 normal.

    Contohnya anak sy suka dengan api dan itu sgt membahayakan dirinya, sy tpaksa membuat contoh yg real spt membakar tangan sendiri bagi menunjukan bahawa api itu bahaya dan berlakon sperti mgalami ksakitan yg melampau kemudian memaksa anak pula memegang api itu untuk memberi rasa sakit itu kepadanya namun sy dapati respon anak selepas megenal api, bila2 masa nampk api, sy cuba tarik tangan dia dekat dgn api, dia akan berkeras sekuat yg boleh. slps itu dia tahu api itu hot n bahaya dan bgitu la seterusnya, 

    Latihan tanpa henti sepanjang hari utk membantu dia mgenali bahaya yg terutamanya..

    Sy ada cuba mhantar ke sekolah2 khas namun respon perubahanya masih lambat.

    Saturday, June 17, 2017

    Cikgu beri komen nagetif.


    SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP

    Selamat Petang saya Ada anak berumur 8tahun Dia kurang memberi tumpuan masa Cikgu mengajar Dan selalu Cikgu Dia memberi komen yang negatif ttg anak saya.cikgu Dia ckp anak saya tak nak menulis Ape yg Cikgu tulis Kat white board Dan Dia berkhayal mengacau Kawan. Keputusan bulan mac sangat merosot dari tahun lepas tapi Dia boleh fasih membaca buku adakah anak sy Ada masalah ape yg perlu saya buat sebagai ibu bapa

    Thursday, June 15, 2017

    Cerdik umur 4 tahun tapi ....


    SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP


    Assalamualaikum 

    Ank perempuan saya agak cerdik 4thn da bole baca b.m, b.i...al quran.. 

    Skrg 9thn.. Msalah dia xder kawan mgkn dia xpandai bergaul... 

    Dia jgk pemalu.. Berckp pn masih pelat...


    JAWAPAN

    Tahniah! Selalu dedahkan anak ke tempat awam. Kerap bawa jumpa sepupunya. Perlu sering berinteraksi dengannya agar keyakinan diri wujud dalam diri anak.


    Tempah IKLAN anda di sini

    IKLAN
    IKLAN
    IKLAN
    IKLAN
    Advertise Now!