Friday, April 7, 2017

Terkini Faqihah April 2017

Anak autisme pak yoep... . Faqihah

Amat boleh diharapkan membantu membuat kerja-kerja rumah tanpa perlu diarahkan. Tahap seumpama ini bukan hadir sekelip mata. Latihan perlu diberikan sejak dari mereka kecil lagi. Bukan dengan arahan semata-mata. Tunjuk-ajar dan perlu dilakukan bersama dengan mereka. 

Urusan pakaian - basuh, jemur, angkat dan lipat trmasuk melipat cadar dah mampu dilakukan, 

Pinggan-mangkuk, 

Mengemas rumah, 

Masak nasi dan air, isi air kosong dlm botol disimpan dalam peti ais. 

Kini telah mengorak langkah menguruskan adiknya (3 tahun) mandi, pakai baju. 

Kebiasaannya kami beri tugasan kepadanya melayan adik bongsu ketika umminya membuat kerja rumah. Dapat melayan adiknya dengan baik.

Terkini boleh memotong kuku tangan & kaki adiknya. Ngeri juga tengoknya memotong kuku adiknya. 

Ringan dah tugasan umminya di rumah. 

Walaubagaimanapun aktiviti-aktiviti tersebut masih perlu dibawah pengawasan kami.

 Alhamdulillah. 

Tidak tergambar difikiran kami semasa dia kecil mampu melakukan perkara tersebut. 

Tiada yang mustahil.

 Anak tuan/puan juga mampu melakukannya jika diberikan didikan sewajarnya. 

In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!