Friday, June 9, 2017

Autismekah adik iparku?


SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP

Aslkm.. 

Sy mempunyai adik ipar dan sy tidak pasti dia dlm kategori autism or bkn.. 

Skrg dia berusia 14thn. 

Menurut suami adik minat belajar namun peperiksaan tidak pernah lulus. 

Selepas tamat darjah 6. ibu mertua tidak lagi mahu menghantar kesekolah. 

Sy tidak pasti tindakan ibu mertua untuk melindungi anaknya dr dibuli disekolah atau lain2 kerana ibu mertua pernah bercerita anaknya sering dibuli disekolah. 

Namun ape yang merisaukan sy.. adik sering marah suami sy(abg dia) tanpa sbb munasabah seperti marah terlanggar selipar dia, tersentuh kipas.. dan pandai juga menipu seperti berkata ibu mertua tak bagi sy masak ini or itu.. 

Walhal hal ini ibu mertua tidak pun berkata seperti itu dan meminta sy tidak mempedulikan apa2 yg dikatakan oleh adik kerana tidak betul. 

Adik juga suka bercakap sendirian..dan adik jugak lurus dalam melakukan sesuatu jika diminta dia membuat sesuatu..

Adakah berkemungkinan dia akan menjadi lebih teruk? kerana setiap hari kami semua pergi bekerja, dan hanya dia tinggal seorang dirumah..adakah bahaya untuk dirinya..? 

Aktiviti harian dirumah hanya menonton tv (cerita karton kanak2), tido, basuh baju, lipat baju.. yg merisaukan sy juga,, 

Sy dan suami akan berpindah, kakaknya akan ke Universiti, tinggal dia dan ibu mertua yg masih berkerja.. 

Adakah kemungkinan apabila meningkat dewasa lagi.. dia akan faham dunia luar? kerana pergaulan dia hanya terbatas pada keluarga dan sedara mara.


JAWAPAN

Tindakan tidak menghantar ke sekolah oleh mak mertua adalah tindakan tidak wajar dan salah dari sisi undang-undang yang boleh didakwa dimahkamah.

Tindakan meninggalkan anak autisme di rumah sendirian dengan kadar masa yang lama juga tidak wajar. Mungkin ada ada sesuatu tindakan anak autisme yang sukar dijangka boleh membahayakan dirinya.

Adik ipar wajar didedahkan bersosilisasi. Bergaul dengan ahli masyarakat. Perlu bersekolah. Masih boleh diterima masuk ke kelas pendidikan khas walaupun telah lama tidak bersekolah. 

Dapat menimba ilmu. Persiapan untuk mengharungi masa depan nanti. Penerangan perlu diberikan kepada ibu mertua (peranan suami).

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!