Monday, June 5, 2017

Perlukah anak ke kelas khas?


SOALAN PENGUNJUNG BLOG PAK YOEP

Assalammualaikum....akhirnya saya jumpa di mana ruangan yang sy boleh kongsikan masalah saya...Sebenarnya sehingga kini saya masih yakin yg anak saya normal macam anak2 lain walaupun yg nyata anak sya adalah anak yang istimewa. Kalau nak cerita pasal anak saya memang tak habis,kerana tumpuan saya 100% pada dia.Skrang ni anak saya berumur 6 tahun dan bersekolah di tadika..Cikgu tadika ada sarankan saya agar anak saya bersekolah di sekolah khas.Tp setakat ni sya rasa Tak perlu,Cikgu cakap anak saya tak boleh beri tumpuan waktu belajr dan dia tidak boleh ikut cara pembeljaran..Anak sya menghidap penyakit sawan dimana dia memerlukan ubat untuk mengawal sawan dia.Sehingga sekarang dia tak mampu menulis walaupun huruf yang senang..setakat ini dia hanya mampu membuat bentuk bulat sahaja.Apabila kita ajar dia belajr dia tak tumpukan pada pembelajaran...Sya betul2 berharap agar anak saya dapat belajar seperti kanak 2 normal yang lain..


JAWAPAN

Berdasarkan maklumat yang tuan/puan berikan. Adalah wajar anak tuan/puan ditempatkan di kelas khas. Guru-guru akan dapat memberikan tumpuan/perhatian kepada anak tuan/puan. Mereka mempunyai kepakaran menghadapi kanak-kanak seperti anak tuan/puan. Sekiranya anak tuan/puan terus berada di tadika biasa, mungkin anak tuan/puan akan terus ketinggalan dalam akademik. Jika berada di kelas khas tidak semestinya selama-lamanya berada di kelas khas. Sekiranya anak tuan/puan dah ada kemajuan maka boleh ditempatkan ke kelas biasa semula.



No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!