ANAKKU Autisma


NOOR FAQIHAH IZZAH IWANI


BIODATA ANAKKU AUTISMA

Nama: Noor Faqihah Izzah Iwani

Dilahirkan pada:17 Nov 2001.

Disahkan autisma pada:2004

Pendidikan:
Brighter Future (Tadika)
SK Seri Kepayang Ipoh (2008- Jun 2009)
SK Seri Mutiara, Ipoh


Pencapaian akademik:
2010 3A1B1C (PAT)
2011 4A 1C (PAT) - Soalan Aliran Perdana PPD Kinta Utara


Anugerah:
1. Anugerah Cemerlang Akademik 2009 (Tempat ke-3)
2. Anugerah Khas Cemerlang Akademik 2010 3. Anugerah Cemerlang Akademik 2011 (Tempat Pertama)


Kata laluan: z0p9t8s8

Pengiktirafan: 13/3/2011 pd majlis Hari Bertemu Waris dimaklumkan Faqihah layak untuk memasuki aliran perdana (inklusif) 2012


Diantara perubahan2 yg berlaku terkini:
Pandai bergaul dgn ahli keluarga/anak2 jiran.
Membantu kerja2 rumah
Mendengar dan mematuhi arahan sepenuhnya (20/12/2011)

Diantara perkara2 yg belum dpt di atasi sehingga kini:
1. Tidak memahami perasaan malu.
2. Kencing tilam (malam).
3. Bercakap tanpa keperluan.
4. Pemakanan terhad.

Kemahiran yang ada:
Komputer: Melayari internet, melukis, menulis menggunakan komputer.
Akademik: Cemerlang



CIRI AUTISMA YANG ADA PADA FAQIHAH (Dalam pembinaan)


i. Komunikasi


• Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.

• Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak

mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.

• Jarang menggunakan bahasa.

• Sukar diajak bercakap.

• Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.

• Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.

• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.

• Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.

• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.



ii. Interaksi Sosial


• Suka bersendirian.

• Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada

memandang orang lain.

• Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.

• Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.



iii. Gangguan Deria



• Sensitif pada sentuhan.

• Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.

• Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.

• Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.



iv. Pola Bermain



• Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.

• Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun

melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang

dipegangnya.

• Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.

• Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana

sahaja.



v. Tingkah Laku



• Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.

• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang

seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-

nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.

• Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).

• Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang

reaksi.



vi. Emosi


• Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa

terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada

melakukan sesuatu yang diingininya.

• Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu.

• Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.

• Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.

• Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

9 comments:

  1. Tentang masalah kencing tilam anak ini saya cadangkan beri dia makan "Coklat Minda" dan masalah pemakanan terhad ni rasanya boleh diatasi dengan berinya makan Herbalife. Saya ada kedua2nya. Blog saya http://imanspecialboy.blogspot.com Hubungi saya di 019-9691886 atau 016-3711796

    ReplyDelete
  2. As salam, ciri2 yg ada pd faqihah sama mcm anak sulung sy...ank sy skrg berumur 5 thn..kdng2 hilang ksbrn... Tahniah akademk faqihah cemerlang.. Tq utk usefull blog.. :-)

    ReplyDelete
  3. Salam.. Brainy Mind International akan mengadakan kelas terapi Brainwave khusus untuk anak-anak autisme selama 2 hari bertempat di UTHM, Batu Pahat. Kelas terhad untuk 10 penyertaan sahaja. Jika anda ingin menghantar anak anda untuk kelas terapi kami, boleh hubungi: 019-7610157. Sila lawati Facebook kami di: Brainy Mind International. Tq to blog owner & to readers too.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..pg td sy ke skolah ank sulung sy yg brumur 5 thn utk mngambil kad laporn beliau.guru2 dsana bgtau sy yg ank sy tdk pndai utk bkomunikasi.soaln yg dtanya biasanya djwb dgn soaln yg sm..dia bmslh utk berkomunikasi.guru2 ckp ini x bgus ble dia msk skolah perdana..sy jd risau tmbhn pula ank kdua sy yg bumur 3 thn msh x pndai bckp & hyperaktif.adakah kdua-dua ank sy mhidap autisme?dmana ptt sy rujuk mslh ni?sy tgl di seremban

    ReplyDelete
  5. anak anak ini adalah anugerah ALLAH.. baykkn bersabar dlm menjaga dan mendidik mrereka.saya seronok berkongsi pengalaman ini.allah nk bagi kita syurga..an syurga itu mahal harganya...
    jemputlaah ke blog saya ya.
    selamat berkenalan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ........ Faqihah makin ok......inn sya Allah akan terus baik.....

    ReplyDelete
  7. Bagi masalah kencing malam, saudara boleh mengurut di bahagian belakang dikawasan lekuk atas buntut sebelah kiri... amalkan setiap hari.. insyaallah mujarab...

    ReplyDelete
  8. Anak lelaki sy dh 14thun.tak dpt.g skolah kerana mngamuk dan marah.Tiada siapa yg faham kecuali kmi ibubapa.Hasrat kmi hnya lh berdoa dan trus berdoa setelah semua usaha dbuat namun tk berhasil.dunia kdg2 tk adil.ada org lain.buang anak tpi kmi nak anak tpi dikurniakn pula anak bermasalah.ada juga ibubapa yg jahat dan pemabuk tapi dpt anak baik.Lain hal nya pula sebaliknya ibubapa yg baik dpt anak yg bermasalah.

    ReplyDelete
  9. sabar. Allah hanya menguji orang-orang yg mampu je. setiap manusia ada ujian masing-masing

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!